MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PROGRAM LANGKAH SIHAT BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA SEMPENA SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA DI PANTAI BATU 1, PORT DICKSON.

8 September 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah hadir ke Program Langkah Sihat Bulan Malaysia Sihat Sejahtera sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di Pantai Batu 1, Port Dickson.

Program ini merupakan sebuah program fun walk di mana peserta perlu berjalan sebanyak 5 km untuk melengkapkan penyertaan mereka.

Program yang telah menerima hampir 3,500 penyertaan ini bermatlamat untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat tanpa mengira lapisan umur.

Seterusnya YB Menteri Kesihatan telah menyerahkan sumbangan Pek Kasih Mama kepada 10 orang penerima yang merupakan satu inisiatif CSR atas kerjasama oleh Shopee dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meningkatkan kesedaran mengenai keperluan asas penjagaan kanak-kanak yang mudah diperoleh dan berpatutan secara atas talian terutamanya kepada golongan B40.

Turut hadir, YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-17 12:58:44 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page