MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

DASAR LITERASI KESIHATAN KEBANGSAAN (DLKK) DAN KEMPEN PERANGI GULA PADA MAJLIS SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA DI PORT DICKSON.

8 September 2024- YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah melancarkan Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan (DLKK) dan Kempen Perangi Gula pada majlis sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di Port Dickson.

Program yang meriah ini turut dihadiri oleh YAB Dato Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, YB Dato' M K Ibrahim bin Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan dan YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

DLKK merupakan sebuah inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2020–2030. Ia merupakan langkah strategik kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap literasikesihatan (celik kesihatan) rakyat Malaysia kearah pembudayaan hidup sihat, seterusnya membendung kejadian penyakit dari terus meningkat.

Dalam konteks hari ini, kebergantungan orang ramai kepada sumber maklumat dalam talian adalah suatu cabaran tersendiri kerana kesahihan dan kualiti maklumat yang dicapaitidak dapat dijamin.

Oleh itu, tahap literasi kesihatan rakyat perlu ditingkatkan secara inklusif. Ini boleh dicapai dengan memperkasa kemahiran untukmengakses maklumat kesihatan daripada sumber yang berkredibiliti, memahaminya secara menyeluruh, menilainya secara kritikal, dan mengambil tindakan demi kesejahteraan diri.

Dalam majlis sama YAB Perdana Menteri turut melancarkan Kempen Perangi Gula, iaitu satu mandat yang diberikan kepada semua pihak dalam mengurangkan pengambilan gula.

Pengambilan gula secara berlebihan dalamjangka masa panjang boleh menyebabkan peningkatan berat badan, karies gigi dan juga diabetes. Peningkatan prevalent penyakit tidakberjangkit (NCD) terutamanya diabetes ini membebankan kerajaan kerana terpaksa menganggung kos rawatan yang lebih tinggi.

KKM berharap agar inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini akan terus mendapat sambutan dan sokongan masyarakat agar dapat meningkatkan tahap kesihatan di Malaysia.

Turut hadir, YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-17 13:13:43 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page