MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN BERSAMA PEMBANGUNAN KESIHATAN SARAWAK BIL. 2/2024.

9 September 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama YAB Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sarawak Bil. 2/2024.

Mesyuarat ini telah membincangkan status kemajuan isu-isu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak bagi isu Kesihatan. Beberapa perkara menunjukkan perkembangan positif melalui platform Mesyuarat ini. Antaranya:

1. Naik taraf fasiliti kesihatan dan Klinik Kesihatan daif;

2. Projek Rintis Fasiliti Kesihatan Sarawak;

3. Meningkatkan akses anak Sarawak bagi kursus Pos Basik (Latihan Separa Perubatan); dan

4. Audit pembaharuan pensijilan HACCP dan GMP oleh Juruaudit Sarawak.

Turut hadir YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan; YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM; YBhg, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan KKM; dan para pegawai kanan KKM.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Sarawak, turut hadir adalah YB Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak; YBrs. Puan Elizabeth Loh, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak; YBrs. Puan Noor Rasyidah binti Abdullah, Pengarah Kewangan dan Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-09-17 23:16:19 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page