MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

DIALOG BELANJAWAN 2025 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA

9 September 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah hadir ke Dialog Belanjawan 2025 Kementerian Kesihatan Malaysia di Hotel Everly, Putrajaya.

Penganjuran dialog ini merupakan kesinambungan kepada dialog belanjawan yang pernah diadakan pada tahun lepas bagi mendapatkan input daripada industri dan pemegang taruh yang berkait dengan kementerian.

Input, cadangan dan pandangan dari semua pihak dapat membantu Kerajaan merangka satu belanjawan tahunan yang bersifat inklusif yang bertunjangkan kepada fokus utama Kerajaan.

Pada tahun 2024, KKM telah melaksanakan secara berterusan, program dan aktiviti yang merangkumi pelbagai cabang kesihatan seperti perubatan, kesihatan awam, kesihatan pergigian, perkhidmatan farmasi, penyelidikan dan sokongan teknikal serta keselamatan dan kualiti makanan.

Kementerian Kesihatan berharap Belanjawan 2025 akan sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan kementerian dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

Turut hadir, YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KKM, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan KKM, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Noormi binti Othman, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Pergigian), YBrs. Puan Norhaliza binti A. Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi), YBrs. Ts. Norrani binti Eksan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan & Kualiti Makanan) serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

#KKMSihat #KKMPrihatin #MalaysiaMADANI

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-09-18 17:32:38 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page