MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN KARNIVAL DAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-20 INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM) SUNGAI BULOH DENGAN TEMA ‘ILMU MENJANA KECEMERLANGAN’.

10 September 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan perasmian Karnival dan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh dengan tema ‘Ilmu Menjana Kecemerlangan’.

ILKKM ini dibangunkan pada tahun 2000 menerusi Rancangan Malaysia Ke-7 (RMKe-7) berkonsepkan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu. Ia merupakan institut pertama yang dibina dengan menggabungkan enam (6) buah kolej tunggal di Lembah Klang melalui integrasi dan siap dibina pada Oktober 2004.

Penjenamaan semula pada tahun 2018 sebagai Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dilaksanakan seiring dengan perkembangan semasa dan perubahan teknologi agar penawaran latihan di ILKKM lebih berstruktur, berasaskan kompetensi dan profesionalisme, serta memberi penekanan terhadap kualiti dan keberkesanan hasil.

ILKKM Sungai Buloh telah menghasilkan seramai 23,295 graduan daripada pelbagai program Pra Perkhidmatan dan Program Lanjutan yang dijalankan dan berjaya melahirkan modal insan yang berdaya saing.

Sebanyak 27 program di ILKKM telah mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), yang mana di ILKKM Sungai Buloh sendiri, lima (5) program Pra Perkhidmatan dan enam (6) Program Lanjutan telah memperolehi akreditasi MQA.

KKM komited untuk menaik taraf fasiliti ILKKM, menggantikan alat pengajaran dan pembelajaran, serta memperkasa prasarana lain berkaitan melalui insiatif bajet 2025 di bawah Pemantapan Infrastruktur ILLKM.

YB Menteri Kesihatan turut meluncurkan imej korporat ILKKM yang merangkumi logo sambutan ulang tahun institut latihan, moto, lagu rasmi dan warna korporat ILKKM serta Alumni ILKKM sempena majlis sambutan ini.

Turut hadir, YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsuddin, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, YBrs. Puan Emillia Rosnizar binti Ahmad Hanipiah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Latihan dan YBrs. Encik Robert Wong Kim Han, Pengarah ILKKM Sungai Buloh.

#KKMSihat #KKMPrihatin #MalaysiaMADANI

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-18 17:46:08 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page