10 September 2024- YB Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Matlamat bersama ISAM adalah untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan individu yang bergelut dengan ketagihan, serta mewujudkan masyarakat yang menyokong pemulihan, kesihatan, dan maruah. Tema yang dipilih tahun ini adalah ‘Menguruskan Ketagihan Melalui Intervensi Bersepadu dalam Era Mencabar’ (Managing Addiction Through Integrated Intervention in The Challenging Era) sangat bertepatan pada waktunya semasa seluruh dunia sedang berdepan dengan cabaran pasca-covid.
Mesyuarat kali ini membincangkan topik yang menjadi teras misi ISAM iaitu dekriminalisasi penggunaan dadah.
Turut hadir, YBrs Professor Dr. Rusdi Abd Rashid, Ketua Pusat Pengajian Sains Ketagihan Universiti Malaya (UMCAS) dan YBhg DCP Datuk Zainudin Bin Ahmad, Timbalan Pengarah Narkotik, Polis DiRaja Malaysia.
Kemaskini pada 2024-09-18 17:58:02 daripada UKK Norhanita