12 September 2024- YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengetuai pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) melawat projek naik taraf Klinik Kesihatan Inanam.
Ketibaan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bersama rombongan telah disambut oleh YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob; Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Asits bin Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri diberikan taklimat mengenai kemajuan terkini projek naik taraf tersebut oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah sebelum mengadakan lawatan ke tapak projek.
Sebelum menamatkan sesi lawatan ke Klinik Kesihatan Inanam, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri sempat menyantuni dan mengabadikan gambar bersama-sama warga kesihatan yang bertugas di Klinik Kesihatan Inanam.
Kemaskini pada 2024-09-19 21:17:45 daripada UKK Norhanita