MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN PELAKSANAAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MTPMA63)

12 September 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Kota Kinabalu, Sabah.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan juga YAB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Teknikal MTPMA63.

Kerajaan Malaysia Madani sentiasa komited untuk memastikan tuntutan di bawah MA63 dapat diselesaikan dengan tuntas demi kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob; Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia.

#KKMSihat

#KKMPrihatin

#MalaysiaMADANI

image image image

Kemaskini pada 2024-09-19 21:22:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page