MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PHARMACY RUN NEGERI KELANTAN 2024

20 September 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan acara pelepasan peserta Kelantan Pharmacy Run 2024 di perkarangan Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu Kelantan.

Program ini dilaksanakan bersempena dengan Sambutan Hari Farmasi sedunia yang disambut pada 25 September setiap tahun untuk menghargai peranan ahli farmasi dalam sektor penjagaan kesihatan.

Program larian sejauh 5km yang bermatlamat untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat ini telah disertai seramai 1,000 peserta daripada pelbagai lapisan umur.

Selain program larian, terdapat beberapa acara sampingan yang turut diadakan antaranya ialah derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma dan pameran kenali ubat anda.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato' Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YBrs.Ts Mahamad Sukor bin Senapi, Pengarah (Pematuhan & Pembangunan Industri), YBrs. Puan Zuhaini binti Mukrim, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) JKN Kelantan serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMADANI

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-26 11:01:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page