21 September 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyertai Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau ringkasnya “BeBAs” di Laman Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.
Program ini merupakan simbolik kerjasama di antara pengusaha premis makanan dengan agensi kerajaan, agensi swasta, rakan sukarelawan, badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO).
Konsep walkabout ini menitikberatkan transformasi tingkah laku dan pemerkasaan masyarakat dalam memastikan peraturan kebersihan makanan dan larangan merokok di premis makanan sentiasa dipatuhi.
Program Walkabout ini merupakan lokasi ketujuh (7) semenjak ia pertama kali diadakan pada Februari yang lalu.
Pada sesi walkabout kali ini, pemeriksaan telah dijalankan melibatkan 12 premis di dimana kesemua premis makanan tersebut telah berjaya mendapat pengiktirafan premis “Bersih dan Selamat” (BeSS).
Program Walkabout BeBAs ini merupakan komitmen KKM terhadap kesihatan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Premis yang telah diperiksa dan didapati bersih serta memenuhi kriteria tertentu akan diberi Pengiktirafan BeSS.
Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YBrs. Dr Ahmad Faris bin Awang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs.Ts Mahamad Sukor bin Senapi, Pengarah Pematuhan dan Pembangunan Industri, YBhg. Tuan Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YBrs. Dr. Hafidzah binti Mustaqim, ADUN Kota Lama, dan YBrs. En Ahmad Nazri bin Che Omar, Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil Bumiputera Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu Kelantan serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Kemaskini pada 2024-09-26 11:27:42 daripada UKK Norhanita