MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE WELLNESS HUB KOTA BHARU KELANTAN

21 September 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja di Wellness Hub Kota Bharu, Kelantan.

Lawatan ini adalah untuk memantau gerak kerja pembinaan bangunan tambahan Wellness Hub Kota Bharu selain untuk menyantuni petugas-petugas kesihatan di fasiliti berkenaan.

Wellness Hub merupakan infrastruktur yang menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan (One Stop Community Centre) kepada komuniti setempat.

Fasiliti yang telah dibina sejak September 2021 ini menyediakan perkhidmatan seperti perkhidmatan berhenti merokok, rundingan cara hidup sihat, wellness studio dan lain-lain.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa meningkatkan pelbagai aktiviti di Wellness Hub di seluruh negara dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran di dalam kalangan komuniti tentang penjagaan kesihatan yang berterusan dan mengalakkan komuniti menjalankan aktiviti fizikal.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan dan YBrs. Dr Ahmad Faris bin Awang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan (Kesihatan Awam)

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-26 11:36:07 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page