MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS SAMBUTAN HARI KESELAMATAN MAKANAN SEDUNIA 2024 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

22 September 2024- Majlis Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2024 Peringkat Negeri Selangor telah dirasmikan oleh YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut pada 7 Jun setiap tahun dan dengan hasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan makanan bagi melindungi kesihatan pengguna dan tema sambutan pada tahun ini adalah “FoodSafety: Prepare For The Unexpected”.

Hasil kolaborasi pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bersama Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) telah berjaya mendapatkan Pengiktirafan BeSS kepada 96 buah premis makanan yang melibatkan 20 syarikat di KLIA 1 dan KLIA 2.

Majlis ini turut menyaksikan penganugerahan Medan Selera Bersih dan Selamat kepada tiga (3) buah medan selera di bawah Institut Pengajian Tinggi Awam.

KKM telah menganjurkan Pertandingan Merekacipta PosterArtificial Intelligence (Kecerdasan Buatan Generatif) yang bertujuan menggalakkan penggunaan aplikasi berkaitan kecerdasan buatan dalam pembangunan kandungan kreatif berkaitan keselamatan makanan dan seramai tiga (3) orang pemenang telah dipilih.

Penghargaan juga diberikan kepada 10 rakan kolaborasi yang terdiri daripada pihak agensi kerajaan, pasaraya dan juga premis makanan telah membantu dalam penyampaian mesej keselamatan makanan kepada masyarakat.

KKM terus komited dalam memperkukuhkan kawalan keselamatan makanan negara bagi memastikan rakyat Malaysia terus menikmati makanan yang selamat.

Turut hadir, YBrs. Ts. Norrani binti Eksan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan), YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan YBrs. Encik Abdul Hasman bin Abdul Muhimim, Pengurus Besar Operasi KLIA Terminal 1.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMADANI

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-26 11:43:15 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page