MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI FARMASI SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 DAN PELANCARAN INISIATIF MYMEDISAFE DI PUTRAJAYA

24 September 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 dan Pelancaran Inisiatif MyMediSAFE di Putrajaya. Sambutan Hari Farmasi Sedunia (World Pharmacists Day) disambut pada 25 September setiap tahun bermula pada tahun 2010. Tujuan sambutan adalah bagi meningkatkan kesedaran awam tentang profesion ahli farmasi serta mengiktiraf kepentingan bidang farmasi di dalam perkhidmatan kesihatan.

Tarikh tersebut telah dipilih sebagai Hari Farmasi Sedunia oleh the International Pharmaceutical Federation (FIP), sebuah badan antarabangsa yang mewakili lebih 3 juta ahli farmasi seluruh dunia bersempena hari penubuhan FIP pada tahun 1912.

Dalam majlis berkenaan, YB Timbalan Menteri Kesihatan turut melancarkan satu inisiatif baharu iaitu Pelupusan Ubat-Ubatan Dalam Simpanan Pesakit Demi Kelestarian Alam Sekitar (MyMediSAFE).

Inisiatif ini dirancang untuk membantu pesakit menguruskan ubat-ubatan mereka dengan selamat dan bertanggungjawab. Inisiatif MyMediSAFE melibatkan kerjasama awam dan swasta pelbagai organisasi yang menekankan bahawa pelupusan ubat-ubatan secara selamat merupakan tanggungjawab bersama (shared responsibility) setiap pihak.

Melalui inisiatif ini juga, masyarakat diberi kesedaran dan pendidikan untuk melupuskan ubat-ubatan yang tidak lagi digunakan atau telah luput dalam simpanan mereka secara betul dan selamat.

Terdapat sebanyak 854 pusat pengumpulan ini di seluruh Malaysia.Orang awam boleh melayari laman sesawang https://www.mymedisafe.org.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung inisiatif MyMediSAFE serta mendapatkan lokasi pusat pengumpulan ubat-ubatan MyMediSAFE yang terdekat dengan kediaman mereka.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan ketua Pengarah (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), KKM dan YBrs. Puan Norhaliza binti A Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi), KKM.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMADANI

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-26 12:42:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page