MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) TAHUN 2024 DI IBU PEJABAT KKM.

26 September 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan hadir menyempurnakan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tahun 2024 di Ibu Pejabat KKM.

Bertemakan Malaysia Madani Jiwa Merdeka, sambutan tahun ini berjaya menyemai penghayatan sejarah kemerdekaan dan hari Malaysia sekaligus membina jati diri dan semangat wajar dalam diri warga KKM. YB Timbalan Menteri mengucapkan tahniah kepada seluruh anggota KKM dan menyeru agar semangat patriotisme disemai dalam siti masing-masing.

Dalam ucapan, beliau berkata, kemerdekaan yang dinikmati pada hari ini perlu diselitkan dengan usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan diri dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mendepani beberapa cabaran kesihatan antaranya peningkatan penyakit tidak berjangkit.

Pelbagai inisiatif dan langkah telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak KKM termasuk membina fasiliti wellness hub bagi menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan kepada komuniti setempat bagi menggalakkan pengamalan cara hidup sihat.

Selain itu, kesedaran tentang pentingnya kesihatan mental dan menyediakan sokongan yang mencukupi juga perlu diutamakan.

Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Kertas Putih Kesihatan juga perlu dihayati bersama untuk membentuk sistem kesihatan yang lebih berkualiti, mampan dan berdaya tahan.

Turut hadir YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal).

#KKMSihat

#KKMPrihatin

#MalaysiaMADANI

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-27 15:26:28 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page