26 September 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan National Environmental Health Action Plan (NEHAP) di Kuala Lumpur.
NEHAP merupakan satu kaedah perancangan dan pelaksanaan tindakan kesihatan alam sekitar secara komprehensif, holistik, melibatkan pelbagai disiplin dan intersektoral di peringkat nasional.
Komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa dalam inisiatif mengenai alam sekitar yang memberi impak ke atas kesihatan telah dimeterai dalam deklarasi perjanjian Kuala Lumpur Declaration on Environment and Health semasa Third Ministerial Regional Forum on Environment and Health in Southeast and East Asian Countries yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 10 September 2013.
Dalam deklarasi tersebut, Malaysia dan Negara ASEAN serta Asia Timur telah bersetuju untuk membangunkan dan melaksanakan NEHAP dengan matlamat untuk menjadikan kesihatan alam sekitar yang mampan sebagai pusat pembangunan, yang memberi impak peningkatan kualiti alam sekitar, kesihatan awam, dan memastikan kesihatan berterusan untuk generasi akan datang di rantau ini.
Bagi menangani kepelbagaian sektorial yang mempengaruhi kesihatan alam sekitar, keseluruhan agensi Kerajaan diharap dapat meletakkan keutamaan bagi melaksanakan agenda perkongsian dalam NEHAP. Melalui perkongsian dan kolaborasi NEHAP ini, kepentingan pencegahan kesan buruk kesihatan dapat diterapkan ke dalam pembentukan dasar dan gerak kerja tugas pelbagai agensi berkaitan.
Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Dato’ Zainal Alhakab bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. Ts. Huszian bin Husin, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. Ir. Dzulkifli bin Mohamad, Timbalan Pengarah Kanan, Cawangan Regulatori, Bahagian Perkihdmatan Kejuruteaan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pegawai–Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kemaskini pada 2024-09-27 15:41:10 daripada UKK Norhanita