26 September 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun ke-10 Cochrane Malaysia di Petaling Jaya Selangor.
Melalui fungsi Sektor Evidence-based Healthcare di Institut Kesihatan Negara, telah memberi sumbangan yang signifikan kepada Cochrane dengan bekerjasama dalam penyediaan systematic reviews, menawarkan latihan, dan mempromosikan dasar penjagaan Kesihatan berasaskan bukti.
Sehingga kini, panel penulis Cochrane Malaysia telah menerbitkan 119 ulasan di mana dua penulis Malaysia telah dianugerahkan Hadiah Kenneth Warren yang berprestij untuk ulasan Cochrane terbaik mengenai isu kesihatan di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Selain itu, Profesor Dr. Jacqueline Ho, Pengarah Bersama Cochrane Malaysia, menerima Anugerah Anne Anderson atas sumbangan cemerlangnya dalam memajukan penyertaan wanita dalam Cochrane dan penyelidikan saintifik.
Puan Catherine Spencer, CEO global Cochrane dari London untuk menyertai YB Timbalan Menteri Kesihatan bersama Profesor Dr Jacqueline Ho, Pengarah Cochrane Malaysia dan Profesor Madya Dr May Loong Tan untuk menyambut tetamu-tetamu khas. Selain itu, para penyelidik, para pelajar, para sukarelawan, dan hadirin lain turut berkumpul untuk meraikan detik bersejarah ini.
Kemaskini pada 2024-09-27 15:47:54 daripada UKK Norhanita