MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM LET'S TALK (SIRI 2) DI HOTEL PULSE GRANDE, PUTRAJAYA.

26 September 2024- Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) telah menganjurkan Program Let's Talk (Siri 2) bertempat di Hotel Pulse Grande, Putrajaya.

Pelaksanaan Program Let's Talk (Siri 2) merupakan kesinambungan daripada Program Let's Talk yang pernah dianjurkan sebelum ini dan bertujuan untuk memperkasakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan pegawai-pegawai wanita di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan melalui perkongsian pengalaman daripada tokoh PTD Wanita yang telah berjaya dalam kerjaya mereka. Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk meluaskan lagi hubungan profesional dalam kalangan peserta.

Sesi perkongsian pengalaman kali amat menarik dengan penampilan panel jemputan khas iaitu YBhg. Tan Sri Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan dan Industri yang mempunyai pengalaman meluas dalam selok belok pentadbiran awam di Malaysia dan YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah bertindak sebagai moderator pada sesi ini.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-27 15:54:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page