MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LANGKAH SIHAT SEMPENA PROGRAM PUTRAJAYA SIHAT SEJAHTERA (PSS) DI DATARAN WAWASAN PUTRAJAYA, PRESINT 2 PUTRAJAYA.

28 September 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan Langkah Sihat sempena program Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) bertempat di Dataran Wawasan Putrajaya, Presint 2 Putrajaya.

Langkah Sihat telah disertai oleh 3,000 orang peserta meliputi larian sejauh 2 KM dan 5 KM.

Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) merupakan salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam di Malaysia.

Pelaksanaan Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) menyokong empat teras ANMS iaitu Pembudayaan Hidup Sihat, Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan, Kawalan Kesihatan Kendiri dan Kebersihan Persekitaran.

Turut hadir YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datin Dr. Nor Mazny binti Abdul Majid, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam, dan YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-09-30 11:48:19 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page