MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM GOTONG ROYONG MEGA PERANGI AEDES 2.0 PERINGKAT KEBANGSAAN BERSEMPENA PELANCARAN PUTRAJAYA SIHAT SEJAHTERA (PSS) DI PUTRAJAYA.

28 September 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Kebangsaan bersempena pelancaran Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) di Putrajaya.

Program gotong royong yang diadakan di Perumahan Penjawat Awam Presint 18 tersebut merupakan salah satu aktiviti di bawah inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang dilaksanakan sebanyak dua kali setahun dan menjadi komitmen berterusan bagi mempromosikan amalan kebersihan persekitaran kepada masyarakat.

Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Kebangsaan akan diteruskan di peringkat negeri dan daerah sepanjang bulan Oktober dan November 2024.

Turut hadir, YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datin Dr. Nor Mazny binti Abdul Majid, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam, dan YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia.

#KKMSihat

#KKMPrihatin

#MalaysiaMADANI

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-09-30 11:56:45 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page