MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PELANCARAN PUTRAJAYA SIHAT SEJAHTERA (PSS) DI BAWAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) DI PUTRAJAYA.

28 September 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sebagai salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.

Bagi memantapkan dan mengukuhkan ANMS terutama berkaitan pembudayaan hidup sihat dan kebersihan persekitaran dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya, KKM telah memperkenalkan PSS dengan menetapkan visi berikut iaitu penjawat awam kekal sihat sejahtera dan produktif dengan misi untuk menurunkan prevalen faktor risiko kesihatan dalam kalangan penjawat awam. PSS menyenaraikan beberapa objektif untuk dicapai.

Inisiatif PSS dilaksanakan bermula tahun 2024 sehingga 2030 dimulai dengan fasa rintis pada 2024 sehingga 2025. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah merekodkan sejumlah 67,855 penjawat awam yang berkhidmat di Putrajaya melibatkan 26 agensi kerajaan di Putrajaya. Penjawat awam merupakan sumber dan aset penting kerajaan dalam penyediaan dasar, polisi serta pembangunan perancangan strategik untuk menggerakkan perkhidmatan kepada rakyat.

Taraf kesihatan penjawat awam amat penting dalam usaha ke arah merealisasikan Visi “Putrajaya Bandaraya Pentadbiran Mampan Bertaraf Dunia”. Bagi menjayakan usaha tersebut, penjawat awam di pelbagai peringkat wajib memelihara kesihatan fizikal, mental, sosial dan rohani dengan baik, agar dapat memberi khidmat bakti yang lebih cekap serta persekitaran produktif demi pembangunan Negara.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) dan YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-30 12:05:08 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page