28 September 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Aset Digitalisasi Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sempena Program Madani Rakyat (PMR) Zon Sarawak.
Selain itu, YB Dato Lukanisman juga melawat 34 reruai di Khemah Perkhidmatan Kesihatan dan Dato Lukanisman mengambil peluang untuk menyantuni petugas yang bertugas di reruai KKM dan pengunjung yang hadir bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan di reruai KKM serta perkhidmatan bergerak.
Antara reruai yang disediakan di Khemah Perkhidmatan Kesihatan atau dikenali sebagai Hari Bertemu Pelanggan KKM ialah Saringan Kesihatan, Saringan Kesihatan PeKa B40, War On Sugar, Saringan Jantung, kesedaran Pendermaan Organ, Mentari, Breast Cancer Awareness, Blood Transfusion Service, Saringan Mata Glucoma dan lain-lain perkhidmatan.
Dato Lukanisman juga meluangkan masa untuk sesi temu bual di slot konti Miri FM bagi menerangkan penglibatan dan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan oleh KKM serta mengajak seluruh rakyat yang berada di Miri dan kawasan persekitaran untuk hadir ke PMR Zon Sarawak.
Turut hadir, YBrs. Dr Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs Puan Norli binti Karim, SUB Bahagian Khidmat Pengurusan, KKM dan Dr. P. Raviwharmman Packierisamy, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri.
Kemaskini pada 2024-09-30 12:14:14 daripada UKK Norhanita