29 September 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Perasmian Program Madani Rakyat 2024 Sarawakku Sayang (Zon Sarawak) yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di perkarangan Boulevard Mall, Miri, Sarawak.
Program Madani Rakyat Sarawakku Sayang berlangsung selama 3 hari dari 27 hingga 29 September 2024 merupakan penganjuran kelima (5) selepas beberapa siri Program Madani Rakyat (PMR) yang telah diadakan iaitu, PMR Zon Tengah di Kompleks Sukan Selangor, Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, PMR Zon Timur di Dataran Sayangi, Kuantan dan PMR Zon Selatan di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melawat beberapa reruai Kementerian.
Turut hadir YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Kemaskini pada 2024-09-30 12:52:11 daripada UKK Norhanita