MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM LARIAN "BRAIN RACE 5KM FUN RUN" ANJURAN JABATAN NEUROSURGERI, INSTITUT KAJI SARAF TUNKU ABDUL RAHMAN (IKTAR), HOSPITAL KUALA LUMPUR

29 September 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan program larian "Brain Race 5km Fun Run" anjuran Jabatan Neurosurgeri, Institut Kaji Saraf Tunku Abdul Rahman (IKTAR), Hospital Kuala Lumpur yang berlangsung di Dataran DBKL.

Program yang disertai oleh seramai 600 orang peserta itu merupakan satu kolaborasi bersama Pusat Rehabilitasi PERKESO, Yayasan Neurosains Malaysia, DBKL, Persatuan Pesakit Hydrocepahlus Malaysia (PPHM), Pejabat Kesihatan Lembah Pantai, Persatuan Sindrom Apert Malaysia, Nestle dan Let's Rock Cancer Malaysia.

Penganjuran program "Brain Race 5km Fun Run" merupakan satu inisiatif untuk menyebarkan kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai strok berdarah atau hemorrhagic stroke.

Turut hadir Dr. Azmi bin Alias, Ketua Jabatan Neurosurgeri, Hospital Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Program "Brain Race 5km Fun Run".

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMADANI

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-09-30 13:08:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page