MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT KKM 2024

1 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas KKM 2023-2030 dan Pelan Tindakan Dementia 2023-2030 yang merupakan hala tuju perkhidmatan kesihatan warga emas sehingga tahun 2030 di Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2024 di Ibu Pejabat KKM.

Kedua-dua pelan tindakan ini menggariskan strategi pemerkasaan penjagaan kesihatan warga emas untuk kekal sihat dalam komuniti melalui program pencegahan dan penjagaan diri (self-care), program penjagaan kesihatan warga emas berterusan melalui perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, berintegrasi dan berteraskan ‘Patient-Centered Care’ dan perluasan keboleh capaian (accessibility) warga emas kepada perkhidmatan kesihatan.

Bertemakan ‘Sihat Madani Di Usia Emas’, sambutan ini memfokuskan kepada aktiviti promosi kepentingan penuaan sihat yang perlu bermula dengan pencegahan penyakit terutamanya penyakit tidak berjangkit (NCD) sejak usia muda, serta pembudayaan hidup sihat melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

KKM sedang membangunkan Garis Panduan Pelaksanaan Kelab Warga Emas yang akan menerajui kesemua 256 Kelab Warga Emas yang kini aktif di bawah KKM.

Warga emas digalakkan untuk sentiasa kekal sihat melalui amalan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, pemeriksaan kesihatan berkala, serta menjauhi tingkahlaku yang mengancam kesihatan.

Turut hadir YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Puan Norhaliza binti A Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi).

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-04 14:38:31 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page