MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PERSIDANGAN ANTARABANGSA CASEMIX (ICC) KE-9 DI PUTRAJAYA

1 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Persidangan Antarabangsa Casemix (ICC) ke-9 di Putrajaya.

Persidangan anjuran bersama Persatuan Ekonomi Kesihatan Malaysia (Malaysian Health Economist Association) dan Casemix Solution Sdn. Bhd dengan kolaborasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, dan Universiti Andalas Indonesia telah dihadiri oleh 250 peserta dalam kalangan anggota kesihatan sektor awam, swasta dan luar negara.

Dalam ucapan, YB Menteri Kesihatan telah menyatakan bahawa sistem kesihatan negara perlu ditambahbaik demi mendepani isu serta cabaran yang dihadapi termasuk isu inflasi kesihatan yang semakin meningkat akibat peningkatan beban penyakit tidak berjangkit serta populasi Malaysia yang kian menua.

Pembiayaan kesihatan menurut Diagnosis Related Group (DRG) adalah salah satu mekanisme yang dapat digunakan bagi menangani masalah ini. Mekanisme pembiayaan kesihatan menurut DRG ini amat diperlukan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan sedia ada lebih mampan dan adil.

Pelaksanaan Sistem DRG Kebangsaan kelak dijangka dapat mengurangkan tempoh tinggal di hospital, meningkatkan kecekapan penggunaan sumber, menggalakkan peralihan kepada penjagaan berpusatkan pesakit (patient centered care).

Selain itu, kerjasama awam-swasta yang dijalinkan dapat memastikan akses kepada penjagaan kesihatan yang saksama dan berkualiti.

Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan YBhg. Professor Emeritus Dato’ Dr. Syed bin Mohamed Aljunid, Presiden Persatuan Ekonomi Kesihatan merangkap Pengerusi ICC ke-9.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-04 14:49:32 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page