2 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah memulakan lawatan Jelajah Borneo Lawas dan Limbang di Sarawak selama 3 hari dari 2 Oktober sehingga 4 Oktober 2024 dengan melawat lokasi pertama, iaitu Klinik Kesihatan Merapok, Lawas, Sarawak.
Klinik Kesihatan Merapok telah dibina pada tahun 1973 dan dirasmikan pada tahun 1976 dalam fasa Rancangan Malaysia Kedua dan merupakan salah satu klinik di bawah kategori klinik daif.
Ketibaan YB Dato Lukanisman disambut dan diberikan taklimat ringkas oleh Dr. Abdul Hafiy Izar Abdul Aziz, Pegawai Kesihatan yang menguasa klinik Kesihatan Merapok. Dato Lukanisman juga telah dibawa melawat sekitar klinik kesihatan dan meninjau perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh klinik kesihatan (kk) berkenaan.
Antara perkhidmatan Kesihatan asas yang disediakan oleh KK tersebut adalah perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, perkhidmatan dalam program kesihatan keluarga dan kesihatan primer, panel penasihat Klinik Kesihatan.
KK Merapok memberi perkhidmatan kesihatan kepada 15 buah kampung dengan populasi penduduk sekitar seramai 3200 orang dan purata harian kedatangan pesakit ke Klinik Kesihatan Merapok adalah seramai 40 orang sehari.
Turut hadir YB Dato Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Lawas, Dr. Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Norliza, Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang, Dr. Nur Fatihah Oh, Ketua Cawangan Pembangunan Kesihatan keluarga, JKN Sarawak.
Kemaskini pada 2024-10-04 14:55:28 daripada UKK Norhanita