MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) KUALA LAWAS, SARAWAK.

2 Oktober 2024- YB. Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan Lawatan Jelajah Borneo Lawas ke lokasi kedua di Klinik Kesihatan (KK) Kuala Lawas, Sarawak.

Pada tahun 1974, KK Kuala Lawas dikenali sebagai Klinik Kecil Kuala Lawas atau Sub-Dispensari Kuala Lawas telah dibina. Pada tahun 1999, klinik telah diberi peruntukan untuk pembinaan bangunan yang baru bagi menaiktaraf perkhidmatan yang sedia ada. Dengan adanya kelengkapan dan perkhidmatan seperti Wad Bersalin, Wad Am, Jabatan Pesakit Luar dan Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak, klinik dinaiktaraf sebagai KK Kuala Lawas dan pada 15 Ogos 2000, KK Kuala Lawas telah mula beroperasi.

Ketibaan YB Dato Lukanisman disambut dan diberikan taklimat ringkas oleh YBrs. Melvin Jeffery Louis, Pegawai yang Menguasa Klinik. Klinik ini menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada 1887 orang penduduk di sekitar. Purata kedatangan pesakit ke KK Kuala Lawas adalah seramai 15 orang sehari.

Turut hadir, Turut hadir, YB Dato Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Lawas, YBrs. Dr. Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Norliza, Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang, dan YBrs. Dr. Nur Fatihah Oh, Ketua Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-04 15:02:00 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page