MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL LAWAS, SARAWAK.

2 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan Jelajah Borneo di Lawas, Sarawak pada hari pertama ke lokasi ke-4, iaitu Hospital Lawas, Sarawak.

Ketibaan Dato Lukanisman disambut dan diberi taklimat oleh Dr. Douglas Chu Kin Soon, Pengarah Hospital Lawas mengenai perkhidmatan Kesihatan di Hospital Lawas. Hospital Lawas yang berusia 55 tahun merupakan hospital tanpa pakar dan telah dirasmikan pada tahun Mei 1969.

Hospital Lawas tergolong dalam hospital Kluster Sarawak Utara bersama Hospital Limbang, Hospital Marudi di mana Hospital Miri merupakan Lead Hospital.

Dato Lukanisman telah melawat sekitar Hospital Lawas yang mempunyai sebanyak 46 katil dimana Dato Lukanisman mengambil peluang untuk beramah mesra dengan pesakit-pesakit di dalam wad.

Perkhidmatan kesihatan seperti unit Kecemasan dan trauma, wad perubatan am lelaki, kanak-kanak dan wad bersalin, unit makmal dan patologi, unit farmasi dan lain-lain perkhidmatan disediakan di hospital ini.

Dato Lukanisman turut melawat tapak projek pembinaan Hospital Lawas yang baru bagi mengetahui status pembinaan hospital tersebut dari wakil JKR. Hospital Lawas yang baru ini dijangka akan siap dibina pada Jun 2025 dimana hospital baru ini akan dilengkapi dengan 76 katil.

Turut hadir bersama ialah YB Dato Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Lawas, Dr. Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Norliza, pegawai kesihatan Bahagian Limbang, Dr. Nur Fatihah Oh, Ketua cawangan pembangunan kesihatan keluarga, JKN Sarawak.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-04 15:19:53 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page