MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN SUNDAR.

2 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan Jelajah Borneo di Lawas, ke lokasi terakhir, iaitu Klinik Kesihatan Sundar.

Ketibaan Dato Lukanisman disambut dan diberikan taklimat ringkas oleh Dr. Mohd Ashraf bin Mohd Shafii, pegawai Perubatan yang menguasa Klinik Kesihatan Sundar.

Klinik Kesihatan Sundar dibina pada awal tahun 1980 dan mula beroperasi pada Mac 1982. Klinik Kesihatan Sundar memberi perkhidmatan kesihatan kepada seramai 5300 populasi penduduk sekitar orang dan purata harian kedatangan pesakit ke klinik Kesihatan Merapok adalah seramai 50 orang sehari.

Klinik Kesihatan Sundar yang sebelum ini dikategorikan sebagai klinik daif telah dinaiktaraf dan beroperasi semula pada bulan September 2024. Antara perkhidmatan Kesihatan asas yang disediakan oleh klinik Kesihatan tersebut ialah Jabatan pesakit luar, perkhidmatan Ibu dan anak, Farmasi, Makmal, Perkhidmatan ambulans dan lain-lain.

Tujuan utama Dato Lukanisman mengadakan lawatan Jelajah Borneo adakah bagi mengenal pasti klinik daif dan meninjau status penambaikan klinik daif di bawah inisiatif Bitara Madani.

Turut hadir, YBrs. Dr. Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Rudy Ngau Ajeng, Pegawai Kesihatan Daerah Lawas, YBrs. Dr. Norliza, Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang, dan YBrs. Dr. Nur Fatihah Oh, Ketua Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

image image image

Kemaskini pada 2024-10-07 08:26:40 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page