MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

AKTIVITI RIADAH BERSAMA WARGA KESIHATAN DAN COMBI & KOSPEN LAWAS (10,000 LANGKAH).

2 Oktober 2024- YB. Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan turut menyertai aktiviti riadah bersama warga Kesihatan dan COMBI & KOSPEN Lawas (10,000 Langkah).

Aktiviti riadah bermula dengan brisk walk dari Lawas Waterfront ke Gelanggang Arena Lawas. Brisk walk merupakan satu aktiviti berjalan dengan cepat dan dilakukan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kecergasan dan gaya hidup sihat.

Aktiviti riadah diteruskan dengan aktiviti senamrobik di dalam Gelanggang Arena Lawas. Lebih 300 orang turut serta aktiviti riadah tersebut. Mereka terdiri daripada KOSPEN Kampung Batong, COMBI Lawas, Ahli-ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Lawas, Kelab Senam Tari Hospital Lawas, Kelab Kebajikan Kakitangan PKD Lawas, Polis DiRaja Malaysia, Bomba, Jabatan Bekalan Air dan Luar Bandar dan lain-lain.

Turut hadir, YBrs. Dr. Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Rudy Ngau Ajeng, Pegawai Kesihatan Daerah Lawas, YBrs. Dr. Norliza, Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang, dan YBrs. Dr. Nur Fatihah Oh, Ketua Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-07 08:34:00 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page