MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SESI WALKABOUT SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DI IBU PEJABAT KKM.

3 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyertai Sesi walkabout sempena Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Ibu Pejabat KKM.

Program yang telah disertai oleh 2,000 orang pengunjung ini merupakan pendekatan holistik KKM dalam menawarkan perkhidmatan melalui interaksi dan perhubungan yang telus, mesra dan cekap dengan menawarkan perkhidmatan saringan kesihatan dan reruai-reruai berhubung informasi kesihatan.

Antara pengisian program termasuk Kenali Ubat Anda, Kemudahan Cuti Belajar dan Program Penajaan KKM, Tunjuk Ajar Pemeriksaan Mulut Kendiri, Perkhidmatan Nutritionist, Saringan Kesihatan NHSI, Kempen Derma Darah dan Sesi Pocket Talk.

KKM sentiasa cakna dengan keperluan kumpulan sasar dan keprihatinan ini juga selaras dengan seruan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI agar menyantuni golongan yang memerlukan.

Justeru, program ini turut menyaksikan penyampaian sumbangan keperluan asas kepada 30 orang penerima dari golongan B40 atau kumpulan sasar.

Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal ) dan YBrs. Dr Noormi Binti Othman, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Pergigian).

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-07 08:48:15 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page