MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN (PKB) LIMBANG, SARAWAK.

3 Oktober 2024- YB. Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan perjalanan Jelajah Borneo pada hari kedua ke Limbang dengan melawat lokasi seterusnya iaitu Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Limbang, Sarawak.

Dato Lukanisman telah diberikan taklimat mengenai perkhidmatan Kesihatan yang disediakan di bahagian Limbang dan taklimat perkhidmatan di Hospital Limbang.

PKB Limbang telah dirasmikan pada Jun 1980 dengan enam blok utama di bawah PKB Limbang yang terletak di dalam fasiliti Hospital Limbang.

Antara fasiliti-fasiliti Kesihatan di bawah Bahagian Limbang adalah Hospital Limbang, Hospital Lawas, 5 Klinik kesihatan dan 1 Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Limbang, 9 Klinik Kesihatan Lawas dan 1 Klinik Pergigian Limbang.

Terdapat 7 fasiliti kesihatan di bawah Bahagian Limbang yang dikategorikan sebagai klinik daif telah mendapat peruntukan untuk penambahbaikan atau dinaik taraf.

Dato Lukanisman telah melawat sekitar Pejabat Kesihatan Limbang dan meninjau kemudahan-kemudahan yang disediakan serta berkesempatan menyantuni para petugas di Pejabat Kesihatan Limbang.

Turut hadir ialah Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Syed Satahkatulah bin Mohamed Kalik, Pengarah Hospital Limbang, YBrs. Dr. Norliza binti Jusoh, Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang, YBrs. Dr. Rudy Ngau Ajeng, Pegawai Kesihatan Bahagian Lawas dan Dr. Nur Fatihah Oh, Ketua Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-07 08:55:24 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page