MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL LIMBANG, SARAWAK.

3 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan Jelajah Borneo pada hari kedua di Limbang dengan lawatan ke Hospital Limbang, Sarawak.

Dato Lukanisman telah melawat sekitar Hospital Limbang yang telah beroperasi sejak tahun 1959 dengan 54 katil. Bangunan hospital lama terletak di Bandar Limbang yang kini digunakan sebagai Pejabat Farmasi Bahagian Limbang.

Bangunan Hospital Limbang yang kini berusia 45 tahun mula beroperasi sejak 1979 berperanan sebagai Hospital Bahagian Limbang bagi memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar Daerah Limbang, Lawas, Nanga Medamit, Trusan dan Sundar. Sebanyak 4 katil telah ditambah dengan pembukaan ICU pada Mac 2022 dengan 100 katil.

Dato Lukanisman telah melawat wad-wad di Hospital Limbang seperti wad kanak-kanak, Jabatan kecemasan, wad lelaki, Farmasi, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Limbang serta Klinik Pergigian Limbang. KKIA Limbang mula beroperasi pada masa yang sama semasa Hospital Limbang pertama dibina. Bangunan KKIA Limbang sekarang dibina pada tahun 1980 dan dinaik taraf pada tahun 2006 dan tahun 2010.

Dato Lukanisman berkesempatan menyantuni petugas-petugas di Hospital Limbang, KKIA Limbang dan Klinik Pergigian Limbang serta beramah-mesra dengan pesakit yang sedang menunggu giliran mendapat perkhidmatan Kesihatan di Hospital Limbang.

Turut hadir bersama ialah Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Norliza binti Jusoh, Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang, YBrs. Dr. Rudy Ngau Ajeng, Pegawai Kesihatan Bahagian Lawas dan Dr. Nur Fatihah Oh, Ketua Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-07 09:02:53 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page