MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

AKTIVITI RIADAH BERSAMA WARGA KESIHATAN DAN COMBI & KOSPEN LIMBANG (SENAMROBIK).

3 Oktober 2024- YB. Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan turut menyertai aktiviti riadah bersama warga Kesihatan dan COMBI & KOSPEN Limbang (Senamrobik).

Aktiviti riadah dimulakan dengan aktiviti senamrobik dalam Dewan Serbaguna Kampung Pabahanan Limbang. Seramai 300 orang turut serta aktiviti riadah tersebut yang terdiri daripada sukarelawan kesihatan MyChampion COMBI dan KOSPEN, pegawai daripada pelbagai agensi, NGO dan swasta.

Satu sesi walkabout telah dianjurkan sempena aktiviti riadah dan gaya hidup sihat 10,000 langkah di sekitar kampung Pabahanan Limbang. Kampung Pabahanan merupakan sebuah kampung yang memenangi beberapa anugerah sebagai kampung yang bersih di Bahagian Limbang. Dato Lukanisman turut melawat rumah yang bebas asap rokok serta beramah mesra orang kampung tersebut.

Turut hadir, YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Norliza, Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang, dan YBrs. Dr. Nur Fatihah Oh, Ketua Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Syed Satahkatulah Mohamed Khalik, Pengarah Hospital Limbang.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-07 09:09:30 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page