4 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan perjalanan Jelajah Borneo pada hari ketiga di Limbang dengan lawatan ke lokasi pertama, iaitu Klinik Kesihatan (KK) Nanga Mendamit, Limbang, Sarawak.
KK Nanga Medamit mula beroperasi pada tahun 1965. Klinik ini memberi perkhidmatan pencegahan dan pengawalan penyakit, kesihatan ibu dan anak, promosi kesihatan dan lain-lain lagi.
YB Dato Lukanisman telah diberikan taklimat ringkas oleh YBrs. Dr. Siti Nornadihah M. Isa, Pegawai yang menguasa Klinik. Klinik ini menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada 2029 orang penduduk di sekitar dengan purata kedatangan pesakit seramai 20 orang sehari.
KK Nanga Medamit sebelum ini telah dikategorikan sebagai klinik daif dan kini kerja-kerja pembaikan am dan naiktaraf KK Nanga Medamit masih dijalankan tetapi tidak menggangu operasi klinik. Dato Lukanisman turut dibawa melawat sekitar kawasan klinik dan kuaters kakitangan kesihatan.
Turut hadir, YB Dato Palu@Paulus Gumbang, ADUN Batu Danau,YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Norliza, Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang, dan Dr. Nur Fatihah Oh, Ketua Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
Kemaskini pada 2024-10-07 11:50:16 daripada UKK Norhanita