MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA YBHG. DATO KSU KE TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN KLINIK KESIHATAN SERIAN (JENIS 3) DAN KUARTERS DI BAHAGIAN SERIAN, SARAWAK.

4 Oktober 2024- YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Serian, Sarawak. Beliau telah meninjau tapak projek pembangunan Klinik Kesihatan Serian (Jenis 3) dan Kuarters di Bahagian Serian, Sarawak.

Ketibaan YBhg. Dato’ Sri KSU telah disambut oleh YBrs. Dr. Majorie Ensayan anak Junting, Pegawai Kesihatan Bahagian Serian bersama Ts. Chiresly Anak Francis Kureng, Jurutera Jabatan Kerja Raya, Bahagian Serian.

Satu taklimat ringkas berkaitan status projek pembangunan Klinik Kesihatan Serian (Jenis 3) dengan Kuarters telah disampaikan oleh wakil JKR.

Seterusnya YBhg Dato’ Sri KSU telah melawat sekitar bangunan Klinik Kesihatan Serian dan kuarters bagi meninjau tahap pencapaian projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.

Dianggarkan lebih 30,000 orang penduduk akan menerima manfaat daripada pembinaan Klinik Kesihatan ini. Antara perkhidmatan yang bakal ditawarkan kepada masyarakat adalah seperti:

i) Perkhidmatan Pesakit Luar

ii) Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak

iii) Perkhidmatan X-Ray

iv) Perkhidmatan Makmal

v) Perkhidmatan Farmasi

vii) Perkhidmatan Rawatan 1 (PR1) dan

viii) Perkhidmatan Pergigian

Turut hadir Encik Fahizol bin Haris, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan, Ibu Pejabat KKM, Puan Nor Anizah binti Osman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Farmasi), YBrs. Dr. Misah binti Md Ramli, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian), Puan Noor Afizah binti Razali, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pembangunan dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-07 11:58:04 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page