MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YBHG. DATO KSU KE TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN KLINIK KESIHATAN SIBURAN (JENIS 3) DAN KUARTERS DI BAHAGIAN SERIAN, SARAWAK.

4 Oktober 2024- YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia telah melawat tapak projek pembangunan Klinik Kesihatan Siburan (Jenis 3) dan Kuarters di Bahagian Serian, Sarawak.

YBhg. Dato’ Sri KSU diiringi oleh Puan Nor Anizah binti Osman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Farmasi) bersama YBrs. Dr. Misah binti Md Ramli, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian) dan disambut oleh YBrs. Dr. Majorie Ensayan anak Junting, Pegawai Kesihatan Bahagian Serian dan En Phua Ye Li, Jurutera JKR Bahagian Serian.

Satu taklimat ringkas berkaitan status projek pembangunan Klinik Kesihatan ini telah disampaikan oleh wakil JKR. Seterusnya YBhg Dato’ Sri KSU telah dibawa melawat sekitar bangunan Klinik Kesihatan bagi meninjau tahap pencapaian projek berkenaan.

Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini.

Dianggarkan lebih 55,000 penduduk sekitar akan menerima manfaat dari Klinik Kesihatan ini. Antara perkhidmatan yang bakal ditawarkan adalah:

a) Perkhidmatan Pesakit Luar

b) Perkhidmatan Kesihatan Keluarga

c) Perkhidmatan X-ray

d) Perkhidmatan Makmal

e) Perkhidmatan Farmasi

f) Perkhidmatan Rawatan 1 (PR1) dan

g) Perkhidmatan Pergigian

Turut hadir Encik Fahizol bin Haris, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan, Ibu Pejabat KKM, Puan Noor Afizah binti Razali, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pembangunan dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMADANI

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-07 12:03:49 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page