MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA YBHG. DATO KSU KE TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN KLINIK KESIHATAN TABUAN JAYA (JENIS 2) DI BAHAGIAN KUCHING, SARAWAK

4 Oktober 2024- YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia seterusnya telah melawat tapak projek pembangunan Klinik Kesihatan Tabuan Jaya (Jenis 2) di Bahagian Kuching, Sarawak.

YBhg. Dato’ Sri KSU disambut oleh YBrs. Dr. Johnny Pangkas, Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching dan Ir.Ts. Liew Ming Chek, Jurutera JKR Bahagian Kuching. Satu sesi taklimat ringkas berkaitan status projek pembangunan Klinik Kesihatan Tabuan Jaya telah disampaikan oleh Ir.Ts. Liew Ming Chek. Seterusnya, YBhg. Dato’ Sri melawat bangunan Klinik Kesihatan dan sekitarnya.

Projek pembinaan Klinik Kesihatan ini yang telah dimulakan pada 8 Disember 2021 dijangka selesai pembinaan menjelang bulan Disember tahun ini.

Klinik Kesihatan ini bakal memberikan perkhidmaran kesihatan kepada lebih 43,000 orang dan anggaran kehadiran pula adalah 500 hingga 800 orang sehari. Antara perkhidmatan yang akan ditawarkan kelak adalah :

• Unit Pesakit Luar

• Unit Kesihatan Ibu dan Anak

• Perkhidmatan Pakar Perubatan Keluarga

• Farmasi

• Makmal

• Radiologi

• Fisioterapi

• Terapi Carakerja

• Penjagaan Domisiliari

• Nutrisi dan Pemakanan

• Virtual Clinic

• OSCA, dan

• ⁠Perkhidmatan Pergigian

Turut hadir Puan Nor Anizah binti Osman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Farmasi) dan YBrs. Dr. Misah binti Md Ramli, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian), Encik Fahizol bin Haris, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan, Ibu Pejabat KKM, Puan Noor Afizah binti Razali, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pembangunan dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMADANI

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-10-07 12:11:19 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page