4 Oktober 2024- YB. Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan menamatkan Jelajah Borneo kali ini dengan lawatan terakhir di Klinik Kesihatan (KK) Batu Danau, Limbang, Sarawak.
KK Batu Danau telah siap dibina pada penghujung tahun 1974 dan telah dirasmikan pada Februari 1975.
Ketibaan YB Dato Lukanisman disambut dan diberikan taklimat ringkas oleh YBrs. Dr. Muhammad Fikri Arizan, Pegawai yang Menguasa Klinik. KK Batu Danau memberi perkhidmatan kesihatan kepada 9640 orang penduduk merangkumi 36 buah kampung, 17 buah rumah panjang dan 1 ladang. Purata kedatangan pesakit ke KK Batu Danau adalah seramai 70 orang sehari.
Antara perkhidmatan yang disediakan di KK Batu Danau ialah Unit Primier, Unit Kesihatan Keluarga, Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit dan Unit Kawalan Penyakit Berjangkit.
KK Batu Danau sebelum ini juga telah dikategorikan sebagai klinik daif dan kini kerja-kerja pembaikan am dan naiktaraf KK Batu Danau masih dan sedang dijalankan tanpa menjejaskan pengoperasian klinik tersebut. Dato Lukanisman turut dibawa melawat sekitar kawasan klinik dan meninjau kerja-kerja pembaikan am dan naik taraf klinik.
Turut hadir, YB Dato Palu@Paulus Gumbang, ADUN Batu Danau,YBrs. Dr. Veronica Lugas, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Norliza, Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang, YBrs. Dr. Rudy Ngau Ajeng, Pegawai Kesihatan Daerah Lawas dan Dr. Nur Fatihah Oh, Ketua Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
Kemaskini pada 2024-10-07 12:17:18 daripada UKK Norhanita