4 Oktober 2024- YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Hospital Petra Jaya, Kuching Sarawak.
Ketibaan YBhg. Dato’ Sri KSU diiringi oleh Puan Nor Anizah binti Osman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Farmasi) dan YBrs. Dr. Misah binti Md Ramli, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian).
Program pada petang ini dimulakan dengan satu sesi taklimat ringkas berkaitan status projek pembangunan Hospital Petra Jaya meliputi tahap kemajuan fizikal secara amnya. Projek pembinaan Hospital Petra Jaya dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos 2025.
Selepas selesainya sesi taklimat, YBhg Dato’ Sri KSU meluangkan masa untuk meninjau bangunan Hospital Petra Jaya dan sekitarnya. Hospital Petra Jaya ini bakal menawarkan 27 Kepakaran dan Subkepakaran termasuk 9 Sub Kepakaran Tambahan untuk Hospital Pakar Major kelak.
Kemaskini pada 2024-10-07 14:28:51 daripada UKK Norhanita