MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

TAKLIMAT MEDIA SEMPENA PENGUATKUASAAN AKTA KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2024 (AKTA852), DI IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM).

4 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Taklimat Media sempena Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta852), di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seramai 30 orang wakil agensi media hadir ke sesi taklimat penguatkuasaan Akta 852 yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr Noraryana binti Hassan, Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit).

Taklimat ini diadakan bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat serta memastikan pengurusan isu Kesihatan yang lebih efektif.

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] bersama peraturan dan perintah di bawahnya mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2024.

Tumpuan penguatkuasaan Akta 852 ini adalah bagi mengurangkan kesan buruk amalan merokok yang berleluasa, termasuk aktiviti pemasaran dan promosi tidak beretika yang disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBrs., Dr Zulhizzam bin Hj. Abdullah, Pengarah, Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-07 14:34:19 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page