MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

ISTIADAT KONVOKESYEN INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (ILKKM) 2024 ZON SARAWAK DI KUCHING, SARAWAK.

5 Oktober 2024- YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2024 Zon Sarawak di Kuching, Sarawak.

Seramai 5,253 graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2024 dari pelbagai program latihan di 19 ILKKM seluruh negara menerima Diploma dan Sijil tahun ini. Istiadat Konvokesyen ILKKM 2024 berlangsung selama empat (4) hari, bermula di Zon Sarawak pada 9 Oktober, melibatkan 413 graduan.

Bertemakan "Graduan ILKKM Pemangkin Kelestarian Kesihatan MADANI", istiadat ini menyokong aspirasi Malaysia MADANI, dengan harapan agar para graduan menjadi pemangkin perubahan dalam memastikan kelestarian dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara yang lebih inklusif dan berdaya tahan.

Para graduan yang menerima skrol di Zon Sarawak terdiri daripada 31 program latihan, termasuk:

• Dua (2) program peringkat Sijil,

• Lapan (image program peringkat Diploma,

• Satu (1) program peringkat Diploma Peralihan,

• Empat belas (14) program Diploma Lanjutan, dan

• Enam (6) program Sijil Pos Basik.

Seramai 15 graduan dipilih untuk menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Akademik, sementara seorang graduan bakal menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Ko-Kurikulum.

Dalam ucapannya, Dato' Sri KSU menyatakan bahawa KKM akan terus giat menarik lebih ramai anak kelahiran Sarawak untuk menyertai program latihan separa perubatan di ILKKM melalui pelbagai inisiatif seperti pameran, program jelajah dan ceramah kerjaya dalam Program MADANI Rakyat serta program-program motivasi di sekolah dengan harapan lebih ramai anak kelahiran Sarawak menyertai perkhidmatan perubahan dan kesihatan di KKM dan berkhidmat untuk rakyat di Sarawak.

Turut hadir YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarak Kesihatan Negeri Sarawak, Puan Emillia Rosnizar binti Ahmad Hanipiah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM, Puan Ng Lee Cheng, Pengerusi Jawatankuasa Istiadat Konvokesyen ILKKM 2024 Zon Sarawak dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMADANI

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-07 14:47:32 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page