MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SESI PERJUMPAAN MEJA BULAT PROGRAM WALKABOUT KHAS PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP (BEBAS) PERINGKAT NEGERI SELANGOR

6 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Sesi Perjumpaan Meja Bulat Program Walkabout Khas Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) Peringkat Negeri Selangor bersama wakil persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Eco Grandeur Hall, Puncak Alam,Selangor.

Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau ringkasnya ”BeBAs” diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan pemahaman, sokongan dan pematuhan masyarakat terutamanya pengusaha premis makanan dan penjaja berkaitan kepentingan kebersihan premis makanan termasuklah kepatuhan kepada larangan merokok.

Tujuan sesi perjumpaan ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada pengusaha kedai tempatan untuk menyalurkan sebarang pertanyaan mahupun pandangan dalam usaha menzahirkan premis makanan yang lebih selesa, indah dan bersih serta mewujudkan negara yang sihat dan bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok pada tahun 2040.

Turut Hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) YBrs. Ts. Norrani binti Eksan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-07 14:53:15 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page