MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM WALKABOUT KHAS PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP ATAU “BEBAS” DI ECO GRANDEUR, PUNCAK ALAM, SELANGOR.

6 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyertai Program Walkabout Khas Premis Bersih, Bebas Asap atau ringkasnya “BeBAs” di Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor.

Program Walkabout Khas ini juga merupakan salah satu siri roadshow bagi memperkenalkan Akta 852 iaitu Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang berkuatkuasa bermula 1 Oktober 2024.

Aktiviti yang dijalankan ini bagi memastikan penguatkuasaan larangan merokok terus dikuatkuasakan di bawah Akta 852 dan kebersihan tempat makan dipatuhi di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Program BeBAs peringkat Negeri Selangor ini juga melibatkan penyertaan 3 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan 9 wakil persatuan peniaga serta persatuan penduduk di Selangor.

Pada sesi kali ini, pemeriksaan telah dijalankan melibatkan 44 premis di Eco Grandeur Puncak Alam dan kawasan sekitarnya di mana 9 premis makanan tersebut telah berjaya mendapat pengiktirafan premis “Bersih dan Selamat” (BeSS). Premis ini telah diperiksa dan didapati bersih serta memenuhi kriteria tertentu bagi Pengiktirafan BeSS.

Turut Hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) YBrs. Ts. Norrani binti Eksan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-10-07 15:00:19 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page