MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SESI DIALOG KESIHATAN DIGITAL DI PUTRAJAYA.

7 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, hadir ke Sesi Dialog Kesihatan Digital di Putrajaya.

Bahagian Kesihatan Digital, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan sesi dialog berkaitan Kesihatan Digital yang melibatkan wakil-wakil daripada Kementerian Pertahanan, Hospital Univesiti, Hospital Swasta, serta penyedia aplikasi Kesihatan Digital.

Sesi dialog dimulakan dengan taklimat oleh Dr. Maheswara Rao Appannan, Pengarah Bahagian Kesihatan Digital, KKM yang telah menyampaikan maklumat mengenai perkembangan kesihatan digital di Malaysia dan empat objektif utama yang ingin dicapai oleh kementerian secara holistik, iaitu Dasar dan Tadbir Urus Kesihatan Digital, Pendekatan Berasaskan Komuniti, Rekod Kesihatan Elektronik Nasional, dan Kesihatan Awam.

Seterusnya, YB Menteri Kesihatan telah menyampaikan gambaran menyeluruh mengenai peratusan hospital, klinik, dan klinik pergigian yang menggunakan Rekod Perubatan Elektronik (EMR) berbanding penyediaan kesihatan yang menggunakan kaedah manual. Selain itu, YB Menteri Kesihatan telah membentangkan Strategi Inisiatif Digital yang berlandaskan empat tonggak utama iaitu Reform, Relook, Recalibrate dan Realize (Reformasi, Penilaian Semula, Penyesuaian, dan Pelaksanaan).

Reformasi (Reform) memulakan transformasi signifikan terhadap struktur, proses dan dasar yang sedia ada dalam Bahagian Kesihatan Digital;

Penilaian Semula (Relook) - menilai semula strategi, teknologi, dan kerjasama dari perspektif baharu untuk mengenal pasti bidang yang memerlukan penambahbaikan;

Penyesuaian (Recalibrate) - memperincikan strategi, matlamat, dan proses berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada penilaian semula;

Pelaksaan (Realize) - mencapai matlamat yang diinginkan melalui pelaksanaan pembaharuan dan strategi yang telah dikaji semula.

Selepas pembentangan oleh YB Menteri Kesihatan, sesi dialog diteruskan dengan perkongsian ilmu antara panel dan wakil-wakil yang hadir dalam sesi soal jawab.

Turut hadir YBhg. Dato' Sri Suriani Binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg. Datuk Dr. Norhayati Binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

#KKMPrihatin 

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-08 09:49:38 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page