MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE MAJLIS PERASMIAN KLINIK DESA (KD) SAYAP, KOTA BELUD, SABAH.

9 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan Jelajah Borneo di Sabah selama 3 hari dari 9 Oktober 2024 sehingga 11 Oktober 2024. Beliau telah memyempurnakan Majlis Perasmian Klinik Desa (KD) Sayap, Kota Belud, Sabah.

KD Sayap telah dikategorikan di bawah klinik daif pada tahun 2023 telah dinaik taraf dengan konsep roboh dan bina semula di atas tanah yang sama .

Projek naik taraf Klinik Desa Sayap baharu mula dibina pada Julai 2023 dan siap sepenuhnya pada November 2023. Pembinaan Bangunan Baharu KD Sayap yang berstruktur konkrit ini hanya mengambil tempoh selama 5 bulan untuk disiapkan. Dato Lukanisman mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung melalui penyelian yang berterusan sehingga projek naik taraf KD Sayap telah disiapkan dengan cepat.

Klinik ini memberi perkhidmatan Kesihatan kepada 2 buah kampung dengan populasi penduduk sekitar seramai 1594 penduduk dan purata kedatangan pesakit adalah seramai 7 hingga 10 orang sehari.

Antara perkhidmatan kesihatan asas yang disediakan untuk penduduk sekitar ialah penjaggan Kesihatan ibu, perkhidmatan post natal, penjagaan Kesihatan bayi dan kanak-kanak, pendidikan Kesihatan dan lawatan ke rumah bagi penjagaan warga tua.

Turut hadir bersama ialah YB Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy, Ahli Parlimen Kota Belud, YBhg. Datuk Dr. Asits bin Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Dr. Maria Suleiman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Bahagian Kesihatan Awam, YBrs. Puan Jasnawati binti Jasmin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan YBrs. Tuan Jusep bin Kangau, Ketua Kampung Sayap.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-14 13:50:37 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page