MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE LAWATAN PROJEK NAIK TARAF KLINIK DESA TAGAROH

9 Oktober 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan Jelajah Borneo Sabah hari pertama ke lokasi kedua, iaitu lawatan projek naik taraf Klinik Desa Tagaroh di Kota Marudu yang termasuk dalam Projek Pembaikan Klinik Daif di Sabah.

Ketibaan Dato Lukanisman telah disambut oleh YBrs. Dr. Kartikhesh Samarajoo, Pegawai Kesihatan daerah Kota Marudu dan turut diberikan penerangan ringkas mengenai Klinik Desa Tagaroh. Klinik Desa Tagaroh yang berada di bawah jagaan Klinik Kesihatan Langkon ini telah menjadi keperluan kepada 21 buah kampung.

Klinik Desa Tagaroh pada asalnya di bina dan beroperasi pada bulan April 1980. Projek naik taraf Klinik Desa Tagaroh baru daripada binaan kayu kepada binaan konkrit telah mengambil masa enam bulan bermula pada Mei 2024 dan dijangka akan siap pada penghujung bulan Oktober 2024.

Klinik ini menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada seramai 6500 populasi penduduk sekitar orang dan purata harian kedatangan pesakit ke klinik Desa Tagaroh adalah seramai 20 hingga 30 orang sehari.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Dr. Asits bin Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Dr. Maria Suleiman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Bahagian Kesihatan Awam dan YBrs. Puan Jasnawati binti Jasmin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah ( Pengurusan).

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-14 13:56:03 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page