8 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Walid Abu Ali, Duta Besar Palestin ke Malaysia.
Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara Malaysia dan Palestin terutamanya dalam diplomasi kesihatan.
Antara perkara yang dibincangkan adalah pengaktifan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Palestin dalam bidang kesihatan yang telah ditandatangani pada 23 September 2022 yang lalu.
Duta Besar Palestin telah merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas bantuan serta sokongan berterusan kepada negara tersebut.
Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha KKM dan pegawai-pegawai kanan KKM.
Kemaskini pada 2024-10-14 14:01:22 daripada UKK Norhanita