MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN FOCUS POINT WORLD SIGHT DAY 2024 DI MID VALLEY MEGAMALL.

10 Oktober 2024- YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Focus Point World Sight Day 2024 bertempat di Mid Valley Megamall.

Focus Point World Sight Day 2024 ini diadakan bertujuan mendidik orang ramai akan kepentingan penglihatan dan penjagaan kesihatan mata yang betul.

Selain itu, ianya turut memberi kesedaran dan penerangan tentang lawatan ke optometris, pengurusan rabun terhadap kanak-kanak serta memberi peluang kepada rakyat untuk memahami prosedur penjagaan mata melalui ceramah dan aktiviti di lapangan.

Majlis pelancaran ini turut menyaksikan kehadiran hampir 80 wakil daripada Focus Point Vision Care Group, badan profesional penjagaan mata, Badan Bukan Kerajaan dan pihak media.

Turut hadir YBhg. Dato' Liaw Choon Liang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Focus Point Holdings Berhad, Ahli Lembaga Pengarah Focus Point Holdings Berhad, YBrs. Encik Ven Raman, Pengarah Urusan, South East Asia ZEISS Group dan YBhg. Datuk Ken Phua, Presiden Malaysia Retail Chain Association.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMADANI

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-10-14 14:07:20 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page