MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN DI IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM).

10 Oktober 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024 Peringkat Kebangsaan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tema sambutan iaitu ‘Utamakan Kesihatan Mental di Tempat Kerja‘ memberi penekanan dalam aspek penjagaan kesihatan mental dalam kalangan warga kerja bagi mewujudkan suasana kerja yang sihat dan kondusif.

YB Menteri Kesihatan turut melancarkan ‘Nota Poket Kesihatan Mental di Tempat Kerja‘, modul ‘Helping Adolescent Thrive: Komik Mei Dan Rakan-Rakan‘, dan ‘Modul Latihan Advokasi dan Kesedaran Kesihatan Mental Kepada Ketua Komuniti‘ (K-MindSet).

Nota Poket Kesihatan Mental di Tempat Kerja Ini merupakan inisiatif KKM untuk memperkasa warga kerja di dalam penjagaan kesihatan mental kendiri. Modul “Helping Adolescent Thrive: Komik Mei Dan Rakan-rakan” merupakan kolaborasi KKM bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan United Nations Children Fund (UNICEF) bagi kesihatan mental kanak-kanak dan remaja.

KKM telah mengambil inisiatif untuk membangunkan program Komuniti Minda Sejahtera (K-MindSet) yang memfokuskan kepada pewujudan kumpulan sokongan komuniti yang akan dilatih menggunakan modul latihan advokasi.

KKM akan terus mempertingkat kerjasama merentasi agensi melibatkan ‘smart partnership‘ bersama agensi kerajaan, swasta serta penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan perkhidmatan kesihatan mental yang holistik untuk segenap lapisan masyarakat.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Puan Norhaliza binti A. Halim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi), YBrs. Dr. Rabindra Abeyasinghe, Wakil WHO Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura dan Sanja Saranovic, Wakil Timbalan UNICEF Malaysia.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-10-14 14:25:06 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page